Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,
Nama saya Nur Azam Amirudin. Berasal dari Kampung Parit Raja, Gersik, Tangkak, Johor.
Latar belakang pendidikan saya. Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Bioteknologi peringkat Sarjana (Master) di UIA Kuantan pada tahun 2020. Banyak kenangan pahit manis perjalanan nak menghabiskan pengajian. Alhamdulillah dengan berkat sokongan keluarga, rakan-rakan serta para pensyarah akhirnya tamat juga.
Saat tinta ini ditulis, sudah hampir 7 tahun saya menceburi bidang takaful sebagai perunding takaful di bawah Zurich Takaful (dahulunya dikenali sebagai MAA Takaful. Bidang yang jauh cabangnya dari bidang pengajian saya. Akan tetapi saya mengambil cabaran sebagai perunding takaful kerana saya sedar betapa pentingnya manfaat takaful terhadap ummah dalam mendepani jihad ekonomi pada era moden ini.
Di samping bekerjaya sebagai perunding takaful, saya juga merupakan pendidik di Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah (Tahfiz) di bawah pengurusan Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Parit Jawa, Muar, Johor. Saya diamanahkan mengelola hafazan pelajar dan mengajar subjek Sains dan Bahasa Melayu SPM Fast Track.
Itulah secebis latar belakang saya. Salam Perkenalan Salam Persahabatan.
